Friday, 9 October 2015

PROSES KELAHIRAN !

PROSES KELAHIRAN

-Persalinan adalah proses membuka dan menipisnya serviks, janin turun ke dalam jalan lahir. Kelahiran adalah proses dimana janin dan ketuban terdorong keluar melalui jalan lahir. Persalinan dan kelahiran normal adalah proses pengeluaran janin yang terjadi pada kehamilan cukup bulan (37 – 42 minggu), lahir spontan dengan presentasi belakang kepala yang berlangsung dalam 18 jam, tanpa komplikasi baik pada ibu maupun pada janin (Saifuddin, 2008; 100).










AYAT AL QURAN SURAH AL-ANFAR AYAT 28








Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda :


تَزَوَّجُ َ اتَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي
 مُكَاثِرٌ بِكُم

“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)



Pandangan Saintis 

Meningkatkan generasi.
- Menambahkan zuriat yang baik dan berwawasan.
- Mempelbagaikan generasi.

Pandangan Ulama

- Mengelakkan maksiat dan zina.
- Mengikut sunah Rasulullah s.a.w

- Mendapat keberkatan Allah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,nabi muhammad saw mengalakkan umat islam mempunyai anak yang ramai.Justeru,umat tidak boleh mengeluh disebabkan anak yang ramai.



RUJUKAN

 See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.b7SIKfUI.dpuf
https://bidanshare.wordpress.com/tag/definisi-

MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL DALAM KEHIDUPAN

PENDAHULUAN !


AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG RAHMATAN LIL'ALAMIN, YANG PEDULI TERHADAP HAMBANYA, SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK.TIDAK ADA SATU PUN KETETAPAN ALLAH YANG SIA-SIA, MISALNYA KETETAPAN ALLAH DALAM MENENTUKAN HALAL DAN HARAM SESUATU SEPERTI MAKANAN DAN MINUMAN.


FAKTA AL-QURAN DAN HADIS

1.        QS Al Baqarah: 168
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
2.        QS Al Baqarah: 172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Di dalam ayat ini, Allah mengulangi kembali agar memakan makanan yang baik, sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat 168. Selanjutnya Allah menyeru agar selalu bersyukur terhadap nikmat-Nya jika benar-benar beribadah dan menghamba kepada-Nya.
3.        QS Al Baqarah: 173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Dalam ayat 173 Allah menjelaskan jenis-jenis makanan yang diharamkan, iaitu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Larangan memakan empat jenis itu juga disebutkan dalam surah lainnya. Lihat misalnya, dalam surah Al-An’am: 145 juga al Maidah: 3.
4.        Hadis :
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب. [رواه البخاري ومسلم]
Ertinya : “Dari Abu ABdillah Nu’man bin Basyir r.a,”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembala nya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruk lah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa dia adalah hati” (HR. Bukhari dan Muslim).

KESIMPULAN

Justeru itu, apa yang telah digariskan oleh Islam cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita seharian. Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam pengambilan makanan pun kita perlu mengamalkan sikap tersebut. Selain mengamalkan nilai- nilai yang telah dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita mampu menjadi ummah yang sihat dan baik.






PERGERAKAN BUMI !

BUMI

Putaran bumi iaitu gerakan bumi berputar pada paksinya,
Putaran bumi mengakibatkan peristiwa-peristiwa :
a) Terjadinya siang dan malam
b) Matahari terlihat terbit di timur dan tenggelam di barat.Terbit dan tenggelamnya matahari disebut gerak semu harian matahari.
c) Terjadinya perbedaan dan pembagian waktu. Kala putaran bumi memerlukan waktu 24 jam. Satu kali putaran semua tempat di permukaan bumi putarannya 360° bujur. Bumi kita dibagi menjadi 24 daerah waktu, sehingga setiap daerah waktu meliputi 15° bujur. Garis bujur 0° melewati kota Greenwich, sehingga waktu pangkal ditetapkan di Greenwich. Jika waktu standar di sebelah barat bujur 0° waktunya dikurangi sebaliknya di sebelah timur 0° waktunya ditambah.



Revolusi bumi
Rovolusi bumi adalah peredaran bumi mengelilingi matahari.
Revolusi bumi mengakibatkan :
a) Gerak semu tahunan matahari
b) Perubahan lamanya siang dan malam
c) Pergantian musim sepanjang tahun
d) Terlihat rasi bintang yang berada dari bulan ke bulan
(RUJUKAN://tamanbelajarku.wordpress.com)



Firman Allah ta’ala:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Dialah (Allah) yang telah menciptakan malam, siang, matahari, dan bulan. Masing-masing itu beredar di dalam garis edarnya.” [QS Al Anbiya`: 33]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Ibrahim akan hujahnya terhadap yang membantahnya tentang Rabb.
فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
ertinya : ….Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,….”[Al Baqarah : 258]


2]. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman juga tentang Ibrahim.
فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
ertinya : Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar’, maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata : ‘Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.’”[Al-An’am : 78]


Ayat ini menurut ahli tafsir menunjukkan bahwa bumi itu tidak bergerak.
Selain itu banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan hal yang sama, diantaranya, QS. Ar Rum : 25, QS. Al Baqarah : 20, QS. Al Hajj: 65, QS. An Naml : 61, dan QS An Nahl : 15.
Karena bumi tidak bergerak secara automatik  berarti mataharilah yang mengitari bumi, bukan sebaliknya.
”Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur dan menenggelamkannya dari barat” (QS. Al Baqarah : 258).

Pandangan Saintis :

Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).


Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar.

KESIMPULAN

1.      Dalam ayat ini Allah ingin menjelaskan kepada hambanya tentang kebesarannya yang agung supaya hambanya mengetahui betapa besarnya dia agar hambanya berfikir.

2.      Kemudian dalam ayat siang malam ini allah juga mengajar tentang hidup yang baik/sihat dengan cara menjadikan malam sebagai tempat berehat dari keletihan dan siang sebagai tempat mencari rezeki Allah.

3.      Dan juga dengan adanya konsep siang  malam dalam A-qur’an itu membuktikan bahawa bumi itu bulat kerana adanya pergantian waktu, bukan seperti yang diterangkan oleh para philoshop terdahulu yang menilai bahawa bumi itu datar.

Wednesday, 7 October 2015

PENGERTIAN GADGET !


Gadget yang saat ini beredar dan merebak di masyarakat menimbulkan gejala sosial baru di masyarakat kita. Sebahagian orang menjadikan Gadget hanya berfungsi sebagai gaya hidup (lifestyle) semata, dan oleh sebahagian yang lain gadget dianggap sebagai sebuah kebutuhan dan kini semakin banyak pengguna bahkan pencinta gadget di zaman sekarang ini, namun tahu kah kalian Pengertian Gadget? Gadget adalah sebuah istilah yang berasal dari bahasa Inggeris, yang ertinya perangkat elektronik kecil yang memiliki fungsi khusus. Dalam bahasa Indonesia, gadget disebut sebagai “acang”. Salah satu hal yang membezakan gadget dengan perangkat elektronik lainnya adalah unsur “kebaharuan”. Ertinya, dari hari ke hari gadget selalu muncul dengan menyajikan teknologi terbaru yang membuat hidup manusia menjadi lebih praktis. Gadget dalam pengertian umum dianggap sebagai suatu  perangkat elektronik yang memiliki fungsi khusus pada setiap perangkatnya. Pengertian gadget adalah sebagai sebuah peralatan kecil yang memiliki teknologi terbaru. Pengertian gadget secara detail anda dapat membacanya pada artikel saya pengertian gadget secara umumMaka sebelum melanjutkan membaca artikel manfaat gadget ini sebaiknya baca terlebih dahulu artikel di atas. Gadget sendiri merupakan sebuah inovasi teknologi yang memungkinkan orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan di kala mendesak tidak perlu repot untuk mencari laptop atau komputer, memang benar gadget belum sepenuhnya dapat menggantikan laptop atau komputer namun gadget memiliki manfaat tersendiri.


AYAT AL-QURAN DAN HADIS !

Ada sesetengah mereka yang langsung tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya menyebar dan berkongsi sesuatu maklumat yang belum pasti kesahihannya. Mereka lupa, setiap maklumat harus disemak, diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

Sifat tidak bertanggungjawab ini jika dibiarkan berterusan, bimbang akan mendatangkan perkara yang tidak baik. Mungkin sahaja perkara yang disebarkan itu boleh mendatangkan fitnah ke atas saudara kita.

Sungguhnya hukuman bagi seorang pemfitnah itu besar, berat dan pasti daripada ALLAH SWT. 
Firman-Nya:




Wahai orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum dengan tanpa diketahui, yang kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Surah Al-Hujurat: 6)

HADIS KEDUA
Nabi Muhammad SAW yang bermaksud bersabda: “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

AYAT AL QURAN YANG KE 2





hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".(surah al mulk ayat 8-10)
Maksud ayat tersebut adalah penyalahgunaan guna gajet,menggunakan kearah yang lain bukan kearah untuk mendapat keredhaan ilahi..


HADIS MENGENAI KOMUNIKASI

Hadis ini mengizinkan umat Islam memanfaatkan sebarang teknologi di zaman mereka asalkan ia tidak melanggar dasar-dasar syariat. Berhubung dengan ICT, Nabi s.a.w bersabda:
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmizi)


TUJUAN !

Tujuan asal penggunaan gadget adalah memudahkan kita berhubung tanpa mengira jaraknya dan kita juga tidak dapat menafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, untuk mengelakkan penggunaan gadget disalahgunakan terutama kepada remaja, ibu bapa harus sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka tentang penggunaan gadget supaya ia dapat digunakan untuk tujuan yang baik. 





Wednesday, 16 September 2015

KESIMPULAN !


 Kesimpulannya, tujuan asal penggunaan gadjet adalah memudahkan kita berhubung tanpa mengira jaraknya dan kita juga tidak dapat menafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, untuk mengelakkan gadjet disalahgunakan kita mestilah bijak dalam penggunaan gadjet.Manfaatkan gadjet sebaik mungkin agar kemudan aplikasi tersebut tidak mendatangkan kesan buruk kepada kita dimasa hadapan.