PENDAHULUAN !
AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG RAHMATAN LIL'ALAMIN, YANG PEDULI TERHADAP HAMBANYA, SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK.TIDAK ADA SATU PUN KETETAPAN ALLAH YANG SIA-SIA, MISALNYA KETETAPAN ALLAH DALAM MENENTUKAN HALAL DAN HARAM SESUATU SEPERTI MAKANAN DAN MINUMAN.
FAKTA
AL-QURAN DAN HADIS
1.
QS Al Baqarah: 168
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ
تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal
lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagimu.”
2.
QS Al Baqarah: 172
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara
rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,
jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Di dalam ayat ini, Allah mengulangi kembali agar
memakan makanan yang baik, sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat 168.
Selanjutnya Allah menyeru agar selalu bersyukur terhadap nikmat-Nya jika benar-benar
beribadah dan menghamba kepada-Nya.
3.
QS Al Baqarah: 173
إِنَّمَا
حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ
بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ
عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu
bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut
(nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya)
sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak
ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Dalam ayat 173 Allah menjelaskan jenis-jenis
makanan yang diharamkan, iaitu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang
disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Larangan memakan empat jenis itu
juga disebutkan dalam surah lainnya. Lihat misalnya, dalam surah Al-An’am: 145
juga al Maidah: 3.
4.
Hadis :
عَنْ
أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ
الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ
مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى
الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي
الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى
يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ
صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ
الْقَلْب. [رواه البخاري ومسلم]
Ertinya : “Dari Abu ABdillah Nu’man bin Basyir
r.a,”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas
dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang
syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka, barang
siapa yang takut terhadap syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama dan
kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka
akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang
menggembalakan haiwan gembala nya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk
memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap
raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan.
Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka
baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruk lah seluruh tubuh.
Ketahuilah bahawa dia adalah hati” (HR. Bukhari dan Muslim).
KESIMPULAN
Justeru itu, apa
yang telah digariskan oleh Islam cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita
seharian. Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam pengambilan
makanan pun kita perlu mengamalkan sikap tersebut. Selain mengamalkan nilai-
nilai yang telah dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat
makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita mampu menjadi ummah
yang sihat dan baik.